'Apa agaknya yang Tuan Beirut ingin lakukan?' Linley tertanya-tanya. Tidak kira sama ada puak mempunyai pengkhianat mahupun jika Forhan ialah pengkhianat ataupun tidak… Tiada bukti yang boleh mensabitkannya. Mengapa Tuan Beirut mempersoalkan pelbagai perkara?
Sewaktu Linley sedang terfikir, Beirut yang duduk di hadapan balairung seri tiba-tiba menghempas gelasnya ke atas meja panjang di hadapannya. Bunyi yang membingitkan telinga itu menyebabkan empat ketua puak dan Phusro memandang ke arahnya.
"Hmph!" Beirut mendengus dingin.
Seluruh balairung seri itu menjadi sunyi. Semua orang memahami yang Datuk Bandar Wilayah Indigo kelihatan tidak berpuas hati tentang sesuatu. Tidak penting jika mereka menyinggung orang lain tetapi mereka tidak boleh menyinggung orang yang membantu puak mereka. Gislason melepaskan dua tawa kecil dan berkata, "Datuk Bandar, ada sesuatu yang tidak kenakah?"