Matahari pagi baru sahaja terbit. Cahaya kemerah-merahan Matahari Darah pula sedang mengintai di celahan kabus nipis di dalam gaung. Linley melangkah keluar dari biliknya.
'Cuaca agak baik.' Linley menarik nafas dalam-dalam, membiarkan udara sejuk memenuhi dadanya.
*Swoosh!* Susuk manusia melompat dari atas. "Bos, nampaknya angin Bos begitu baik." Bebe ketawa. Bebe tinggal di aras kedua bangunan ini.
"Ya, angin saya sangat baik. Sudah lapan puluh dua tahun sejak kita datang ke Gunung Skyrite dan saya belum lagi bertempur ataupun membunuh sesiapa sepanjang masa ini. Tetapi saya bakal bertempur dan membunuh seseorang. Sudah pasti angin saya baik." Linley ketawa.
Bebe terpinga-pinga. "Apa maksud Bos?"
"Tak perlu tergesa-gesa. Kamu akan tahu tidak lama lagi," ujar Linley.