"Selamat pulang!" Kata-kata ini menyebarkan rasa hangat di dada Linley. Dia berasa amat terharu.
Dengan pandangan kasih yang diberikan oleh orang-orang puak Baruch terhadapnya, dia merasakan yang segala susah payah dan penat lelahnya selama hampir tujuh ratus tahun di Benua Redbud, merentasi Laut Starmist, kemudian mengharungi pula Benua Bloodridge, segalanya berbaloi dan tidak sia-sia!
Selepas bertahun-tahun lamanya dia mengembara di Alam Neraka, akhirnya dia pulang!
Baruch melepaskan pelukannya kemudian meneliti Linley. Wajah bengisnya menyembunyikan deraian air mata. "Linley, pasti bermacam-macam perkara telah kamu lalui."
"Encik Hanuman, terima kasih." Baruch memandang Hanuman. "Linley ini sememangnya daripada cabang Benua Yulan saya."