Menurut apa yang Linley ketahui dalam perjalanan ke sini dan apa yang didengar daripada Beirut, padanya, puak Empat Makhluk Suci begitu berkuasa. Di Pulau Miluo, selepas melihat begitu banyak rakaman nujum, dia ada menyebut kepada Tuan Istana Mosi yang dia hendak menuju ke Wilayah Indigo dan Mosi menjelaskan tentang puak Empat Makhluk Suci.
Daripada apa yang diberitahu oleh Mosi, nampaknya puak Empat Makhluk Suci berada dalam keadaan yang sukar.
Meskipun begitu, ia seharusnya masih lagi hampir setanding dengan puak Bagshaw.
'Puak Bagshaw memegang kawalan Pulau Miluo sepenuhnya. Tiada seorang pun yang berani menyinggung mereka! Walaupun jutaan tahun telah berlalu, kemasyhuran Pulau Miluo masih tetap tersebar luas. Mustahil sesuatu seperti ini boleh berlaku di Pulau Miluo di mana mereka yang berkhidmat bagi puak Bagshaw dibunuh!'
Linley benar-benar tidak mempercayainya.