Pemuda berambut merah itu mengecilkan matanya dan renungannya semakin dingin apabila mendengar kata-kata Bebe.
Orang tua beruban itu mendengus kemarahan juga. "Lebih baik kalian sedar diri. Ia hanyalah satu set pakaian, bukan? Hati-hati. Jangan sampai kehilangan nyawa hanya kerana pakaian!" Tetapi Bebe langsung tidak peduli akan ugutan lelaki tua beruban itu.
"Kamu mengugut saya?" Bebe membuat muka menyampah sambil berkata dengan nada yang marah.
Tetapi Linley menyedari sesuatu.
Linley meneliti pemuda berambut merah ini kemudian memandang ke arah orang tua beruban itu. Di dalam diam memikirkan, 'Kebanyakan orang yang datang ke aras empat Istana Bebas untuk membeli belah rata-ratanya agak kaya. Di Alam Neraka, kebanyakan mereka yang mempunyai wang mempunyai kuasa yang besar juga. Jika orang tua beruban ini berani bersikap angkuh di tempat seperti ini bermaksud dia seharusnya mempunyai latar belakang yang hebat.'