Kumpulan Olivier ada empat orang. Mereka memasuki sebuah restoran, menuju ke satu sudut dan duduk di tiga meja bulat.
"Kapten, kamu telah menemukan sebiji Batu kecubung. Janganlah kedekut." Seseorang bersuara.
"Peraturan yang sama!" Ujar si ketua berjambang lebat sambil tertawa kuat. "Satu botol Norcha [Nuo'si'sha] untuk setiap orang. Jika kamu mahu minum lebih, bayar sendiri." Ketua itu pun melaung pada pelayan di restoran itu dengan kuat, "Hoi, cepat sikit! Dua belas botol Norcha!"
Norcha ialah jenama wain yang berkualiti. Satu botol berharga sepuluh batu dakwat. Maka, dua belas botol akan menjadi seratus dua puluh batu dakwat.