Kota Wilayah Cod merupakan kota yang menempatkan beberapa ratus ribu penduduk dan mengambil sejumlah ruang yang besar. Oleh sebab geografi tempatan dan juga kemusnahan yang dilakukan oleh Kerajaan Baruch, pihak Gereja Cahaya terpaksa menyerang kota dari pintu selatan dan timur.
Pintu utara dibiarkan terbuka kerana mereka tidak takut jika musuh menyerang dari arah tersebut.
Hari mulai cerah secara perlahan-lahan. Ramai anggota yang mengawal pada waktu malam bertukar syif. Logiknya, jumlah tentera di luar pastinya berkurang tetapi askar yang baru bertukar syif begitu terkejut… Terdapat ramai orang di luar sana. Keadaannya seolah-olah para askar yang bertugas langsung tidak berasa penat. Sebaliknya, mereka sangat teruja.
"Kawan, masa untuk bertukar syif. Apa yang kamu semua bualkan?"
Ramai askar berlari untuk menukar syif mereka.