Ketika penduduk ibu kota empayar meraikan murid peribadi Dewa Perang ke-27 yang dipilih selepas 5,000 tahun, jauh di Wilayah Pentadbiran Barat Laut, Linley dan pakar tahap Dewa, McKenzie sedang berbual dengan gembira sambil minum wain. Malam ini, mereka bersiap sedia untuk beradu tenaga.
Malam ini, bulan sabit muncul jauh nun di atas langit. Cahaya peraknya bersinar meliputi dunia. Dunia seolah-olah diselimuti kain kasa.
Di atas gunung sunyi di luar Pusat Wilayah Basil, Linley dan McKenzie beriringan berjalan dengan Bebe yang duduk di atas bahu Linley. Mereka yang lain tidak hadir sekali.
Saksi kepada pertempuran ini adalah Bebe.
Gunung kecil itu sangat sunyi dan mempunyai kurang penduduk. Selain daripada beberapa pokok yang tumbuh jarang-jarang, puncak gunung itu kosong dan lapang. Linley dan McKenzie berdiri bahu ke bahu di puncak gunung itu. Angin gunung di situ menderu suram, menyebabkan pakaian mereka berkersik.