'Bos.' Suara Bebe kedengaran dalam minda Linley.
Linley melompat ke belakang dalam corak pengelakan melengkung, pedang berat adamantin dalam tangannya. Pada masa yang sama, dia berkata secara mental, 'Bebe, jangan panik. Biar saya melawan harimau kumbang hitam misteri ini dulu. Kalau saya tak boleh mengalahkannya, kamu boleh bertindak. Kamu ialah senjata rahsia saya.'
Bebe segera memahami rancangan Linley lalu berundur ke tepi.
Tatkala ini, keinginan Linley untuk bertempur sangat kuat. Walaupun telah lama berada di dalam Banjaran Gunung Makhluk Ajaib, Linley dia masih belum menemui lawan yang memaksa dia menggunakan sepenuh kuasanya. Makhluk tahap Dewa terlalu kuat. Berdasarkan kepantasannya ketika ini, Linley hanya mampu menundukkan makhluk ajaib tahap sembilan.
Namun begitu, harimau kumbang hitam misteri ini lebih pantas daripada Linley.
*Aummm!* Harimau kumbang hitam besar itu mendarat di bumi, renungan tajamnya tertumpu kepada Linley.