Di taman persendirian puak Debs, Alice dan Kalan sedang duduk bersama dan berbincang tentang perkahwinan mereka.
"Alice." Wajah Kalan berseri-seri dengan senyuman. "Saya dah berbincang dengan Ayah. Majlis pertunangan kita akan diadakan pada 18 Jun. Majlis perkahwinan kita pula akan diadakan pada 1 Januari tahun depan. Maksudnya, majlis itu akan diadakan semasa Festival Yulan tahun depan."
Senyuman memekar di bibir Alice.
"Tahun depan. Tahun depan tahun 10,000 kalendar Yulan, bukan? Kalau majlis kita dijalankan semasa Festival Yulan tahun 10,000 tentulah… tentulah akan jadi lebih bermakna." Dengan setiap patah perkataan yang dikatakan, hati Alice semakin berbunga. Wajahnya semakin berseri-seri.
Melihat Alice tersenyum lebar, Kalan berasa sangat bahagia.
"Alice, lekaslah berbincang dengan ayah kamu. Lepas itu, buat senarai tetamu dari keluarga kamu supaya saya boleh buat persiapan secepat mungkin," desak Kalan.
"Okey." Alice mengangguk sedikit.