Perbezaan antara pihak Sayap Sifar dan pihak Senyuman Kegembiraan menjadi semakin ketara apabila semakin ramai yang pulang dari ujian mereka.
Akhirnya 21 dari 30 ahli Sayap Sifar telah berjaya melepasi ujian tersebut.
Hanya 15 dari 50 ahli Senyuman Kegembiraan yang berjaya melepasi ujian itu.
Kesemua ahli Burung Hantu dan Raven berjaya melepasi ujian itu.
"Kenapa Sayap Sifar mempunyai pakar yang sungguh ramai?" Youlan rasa terkejut apabila melihat ramai pemain di pihak Sayap Sifar telah berjaya melepasi ujian itu. Walaupun dia tahu terdapat jurang yang besar antara pasukan mereka tetapi dia tidak pernah bayangkan jurang tersebut sebesar ini.
Bukan Youlan seorang sahaja yang rasa terkejut. Sehinggakan pakar seperti Serigala Perang juga rasa terkejut.
Mereka telah membentuk pasukan ini dengan mencuri pakar dari pelbagai sumber. Boleh dikatakan pasukan mereka boleh bersaing dengan pasukan utama dari Persatuan kelas pertama.