Enam pemain tersebut beredar dari Dewan Teleportasi dan melangkah ke jalan yang sibuk sambil menjadi tumpuan semua orang selepas mereka selesai bercakap antara satu sam lain.
Lelaki pertengahan umur yang membawa lembing hitam dan putih menyeru serigala putih salji gergasi apabila kumpulan tersebut tinggalkan bangunan. Serigala itu jauh lebih besar berbanding singa.
Pembunuh Hendap yang memakai perisai kulit kelabu gelap serta mempunyai dua pisau belati merah darah yang tergantung di pinggangnya terus menyeru kuda perang hitam di sebelah lelaki pertengahan umur tersebut. Kuda perang tersebut memakai perisai perak dan nampak lebih megah berbanding kuda yang digunakan askar NPC.
Mereka segera menjadi tumpuan oleh setiap pemain di jalan ketika dua Tunggangan tersebut muncul.
"Celaka betul, dari mana mereka datang? Tunggangan mereka pasti bukan berpangkat Biasa."