Kata-kata lelaki botak yang penuh perli itu menyebabkan ramai di dalam pusat latihan rasa sakit hati. Shi Feng menarik tangan Liang Jing ke belakang ketika Liang Jing ingin melangkah ke depan dan bercakap sesuatu.
Dia juga mengecam lelaki botak itu. Nama lelaki tersebut ialah Gan Xingteng dan dia merupakan salah satu anak murid termaju di Pusat Latihan Harimau Putih. Lelaki itu agak kuat dan lebih kuat berbanding Chen Wu. Dia juga sangat aktif di dalam pelbagai pertandingan berlawan dan telah menmenjadi agak terkenal. Oleh itu dia memang yakin dapat mengalahkan setiap jurulatih di Bandar Jin Hai.
"Kenapa? Takut?" ejek Gan Xingteng.
Pada pendapat Gan Xingteng, Shi Feng menjadi pucat disebabkan rasa takut. Oleh disebabkan itu dia menjadi lebih yakin yang Shi Feng takut untuk beradu tenaga dengannya.