"Macam mana dia boleh buat dengan begitu pantas?!"
Suasana kecoh terus berlaku di dewan utama apabila para pemain rekod tersebut telah dipecahkan. Tiada siapa yang berani untuk percaya perkara ini memang berlaku.
Rekod terpantas untuk penyelesaian tingkat satu Menara Bertempur sudah berada di situ buat masa yang sungguh lama.
Kebanyakan orang perlukan masa hampir dua jam untuk menguruskan raksasa di tingkat satu. Ia sekurang-kurangnya lebih dua kali ganda berbanding masa rekod terpantas. Sehinggakan masa terbaik untuk Tiga Genius Terhebat dari Pavilion Rahsia juga masih jauh dari rekod penyelesaian terpantas itu. Tetapi Shi Feng telah memecahkan rekod tersebut dengan mudah.
37 minit 24 saat!
Semua orang rasa sungguh curiga tentang apa yang berlaku di dalam Menara Bertempur apabila melihat rekod terbaru itu. Apakah yang Shi Feng telah buat untuk menyelesaikan tingkat satu dengan sungguh pantas?