Rupa Senjata Magik ini telah berubah dengan ketara selepas meningkatkan pangkat Bilah Neraka sebanyak dua kali secara berturut-turut.
Ketika ini pedang itu berwarna perak sepenuhnya serta terdapat rune merah darah yang terukir di seluruh pedang ini. Terdapat juga sedikit lapisan samar kabus hitam yang menyelubungi pedang ini. Hulu pedang ini juga terdapat corak naga hitam mini yang kelihatan seperti hidup.
Walaupun bilah itu terpacak di tanah tetapi Shi Feng masih dapat rasakan tekanan yang ketara dari senjata itu sehingga menyebabkan Shi Feng rasa sedikit tidak selesa.
Tekanan menakutkan itu masih tidak muncul walaupun selepas Shi Feng memegang erat Bilah Neraka.