Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 843 - Menunjuk-nunjuk Kemahiran Lemah di Hadapan Mahaguru

Chapter 843 - Menunjuk-nunjuk Kemahiran Lemah di Hadapan Mahaguru

Apabila rakan-rakannya bertukar menjadi debu, mulut Quirrell terherot sedikit. Jampian kemusnahan besar-besaran ini terlalu mengejut.

Sepertinya, Shi Feng telah lama bersedia untuk menjampi sewaktu menghampiri mereka. Dia mengajukan soalan tadi untuk mengumpan mereka menyerangnya dan masuk ke dalam perangkap.

Mereka langsung tiada peluang untuk mengelak serangan mengejut ini.

Jikalau Quirrell tidak berada di hujung Jampian, dia tidak sempat mengguna pakai kekebalan daripada Langkah Angin untuk keluar daripada api yang menjulang tadi. Ketika itu, dia mungkin senasib dengan tiga belas rakan mereka itu.

"Ketua, apa yang patut kita buat?" Seorang Elementalist Tahap 37 bertanya dengan lembut.

"Kita berundur!" Quirrell membalas sambil menggetap gigi. Walaupun dia tidak mahu mengalah, lelaki di hadapannya sekarang berjaya membunuh Orang Asing Biasa dan Harimau Petir. Mereka berlima tidak mampu berbuat apa-apa kepadanya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS