Berita kemenangan Pasukan Bertempur Asura di Arena Gelap tersebar ke seluruh Kawasan Dewa umpama api yang merebak.
Maklumat berkenaan Pasukan Bertempur Asura sampai di tangan pelbagai kuasa utama Kawasan Dewan satu minit selepas pertandingan itu tamat. Laporan tersebut sungguh teliti sehingga terdapat maklumat kaitan ahli Pasukan Bertempur Asura.
---
Kerajaan Bulan-Bintang, Bandar Mapel.
Bandar Mapel telah menjadi markas utama Senyuman Kegembiraan. Persatuan itu telah mengukuhkan kedudukan sebagai penguasa di bandar dengan adanya sokongan rahsia dari Dunia Penjenayahan. Pada masa yang sama Bandar Mapel telah menjadi bandar kedua terbesar di Bahagian Timur Kerajaan Bulan-Bintang. Jumlah populasi di bandar tersebut lebih dari sejuta pemain. Walaupun ia masih lagi jauh berbanding Bandar Sungai Putih tetapi ia lebih hebat berbanding bandar lain di dalam kerajaan ini.