"Apa?!"
"Pekan Hutan Batu telah dibuka untuk orang luar? Tambah lagi ia juga mempunyai bengkel tukang besi yang boleh membaiki peralatan?!"
Mereka membuat reaksi seperti seperti langit telah terjatuh apabila semua pasukan di Gunung Cakar Batu menerima maklumat ini.
Pekan Hutan Batu hanya sejam perjalanan dari Gunung Cakar Batu. Perjalanan pergi dan balik juga hanya mengambil masa dua jam. Ia jauh lebih menjimatkan masa berbanding kumpulan pembekalan yang mengambil masa lebih sepuluh jam perjalanan dari Bandar Bulan-Bintang.
"Jom pergi. Kita akan menuju ke Pekan Hutan Batu."
Ketua bagi pelbagai pasukan ini mengeluarkan arahan dengan segera apabila menerima berita ini. Mereka dengan segera menuju ke Pekan Hutan Batu.
Sebenarnya mereka bukan sahaja kembali ke Pekan Hutan Batu untuk membaiki peralatan mereka tetapi juga mempercepatkan pemulihan semula Stamina dan Konsentrasi. Kadar pemulihan semula di Khemah Padang memang terlalu lambat.