Serigala Kilat terbuka luas matanya selepas menyedari kedatangan kumpulan Shi Feng. Raksasa itu mendengus sebagai amaran kepada manusia yang cuba mendekatinya.
Meskipun Haiwan Ganas Iblis di tingkat tiga tidak menyerang pemain membuta tuli, mereka akan memberi amaran jika mereka terlalu hampir dengan raksasa tersebut. Jikalau masih tidak mahu beredar, raksasa itu akan mula menyerang.
"Cola, pastikan kamu bersedia mengalih perhatian Serigala! Si Hitam, fokus untuk menjampi Penjaga Cahaya! Ungu, fokus dalam penyembuhan! Yang lain, gunakan Scrol Memburu apabila tiba masa yang sesuai!" Shi Feng lekas memberi arahan kepada pasukannya selepas menyedari Serigala Kilat mula bangun.
Kebiasaannya, hampir mustahil bagi mereka menangkap Ketua Tahap 50.
Namun, Serigala Kilat berbeza sedikit. Mereka boleh menggunakan cara khas bagi menangkap raksasa itu.