Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 551 - Adegan Sepintas Lalu

Chapter 551 - Adegan Sepintas Lalu

Ahli Pavilion Phoenix-Naga yang pada asalnya sungguh megah itu terus terkejut dengan kemunculan dua ratus NPC Peringkat 1 Level 50.

Maharaja Naga Sembilan yang melihat pertarungan itu dari jauh juga mempunyai ekspresi penuh gusar.

"Bukankah laporan tersebut hanya mengatakan yang mereka mempunyai sekitar 50 lebih NPC sahaja?" Maharaja Naga Sembilan berpusing ke arah agen perisikan di sebelahnya. Dia melenting dan terus menjerit, "Apa yang kau semua buat sepanjang masa ini?! Kau telah gagal memberi laporan tentang dua ratus NPC Peringkat 1 kepada aku! Cepat beritahu aku! Apa yang sudah berlaku sebenarnya ketika ini?!"

Satu NPC Peringkat 1 Level 50 memang cukup sukar untuk diuruskan. Setiap satu dari NPC itu perlukan pasukan ahli elit untuk menundukkan mereka. Sekarang pula terdapat tambahan dua ratus pula. Bukankah ini akan memberi kesan yang besar terhadap rancangannya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS