Shi Feng mempunyai pemahaman awal terhadap kekuatan sendiri selepas mengalahkan kelompok pertama Pahlawan Orc Berdarah Panas.
Ketika ini dia memang rasa yakin tentang apa yang dia patut buat dan berapa jauh yang dia patut pergi.
Sebelum ini dia memilih untuk memancing kumpulan dengan angka Orc paling sedikit sebagai langkah berjaga-jaga. Shi Feng masih boleh mengalahkan bala tentera Orc yang mempunyai dua ratus hingga tiga ratus asalkan dia tidak menjerat lebih dari dua kelompok pada masa yang sama. Oleh itu peluang Shi Feng untuk mendapat Reka Bentuk Menempa Batu Cahaya sepatutnya lebih tinggi lagi.
"Memang terdapat banyak item yang telah jatuh," kata Shi feng dengan perlahan sambil menyusun hasil yang dia dapat dari Pahlawan Orc ini.