Sebaik sahaja Lei Bao melepaskan satu tumbukan yang dahsyat, Shi Feng segera mengundur ke belakang seperti monyet yang tangkas. Dia tidak cuba untuk menahan tumbukan Lei Bao langsung.
Apabila Lei Bao hanya beberapa sentimeter dari sasarannya, Shi Feng lantas mengecutkan perutnya ke belakang dan tumbukan itu sipi-sipi sahaja melalui hadapan perut Shi Feng.
Tumbukan Lei Bao membawa bersama gelombang kuasa. Walaupun hanya terkena baju yang dipakai, Shi Feng dapat rasakan perutnya menerima gelombang kuasa itu. Sekiranya kuasa yang ganas itu mendarat tepat di tubuh badan, akibatnya sungguh tidak dapat diduga...
Para penonton terpaku lagi sekali.
"Harimau Mengaum? Mustahil." Chen Wu yang berada di bilik VIP melihat tumbukan Lei Bao dengan mata yang bersinar-sinar dan hatinya berasa sangat teruja. Wajah yang teramat seronok menunjukkan dia seolah-olah melihat satu kecantikan yang tiada bandingan.