Tumbukan Lei Bao mengejutkan seluruh dewan perhimpunan.
Seketika kemudian, bunyi tepukan yang gemuruh dan pandangan kekaguman memenuhi ruangan dewan tersebut.
Apabila tumbukan ini mengenai sasaran, mesin tumbuk seolah-olah dilanggar sebuah kereta. Secara khususnya, jika tiang besi itu digantikan dengan manusia, kesudahannya amat parah sekali.
"Tuan Chen Wu, adakah ini kuasa dalaman?" Zhao Jianhua bertanya. Ini pertama kali dia melihat kuasa kemusnahan yang besar datang dari seorang manusia.
"Tidak," kata Chen Wu sambil menggeleng kepala. Dia menjelaskan lagi, "Saya telah katakan sebelum ini penggunaan kuasa dalaman memberi beban yang berat kepada badan dan pakar kuasa dalaman sekali pun tidak menggunakannya sambil lewa. Sama juga ketika pertempuran. Tuan Guru Lei Bao berjaya mencapai keputusan ini tanpa menggunakan kuasa dalaman; ini cuma kekuatan normalnya sahaja. Perkara ini juga menyebabkan saya terkejut besar."