Semua orang setuju dengan tentangan Tarian Api.
Mereka akui kuasa pertempuran Shi Feng amat mengerikan. Dia juga amat handal sehingga dapat mengalahkan Serigala Bayang Merah berpangkat Ketua Jarang depan-depan. Mereka juga sangka Shi Feng mungkin dapat mengasak Ketua Agung dengan kuasanya dan setibanya mereka di Kuil Runtuh di kawasan teras Ngarai Kabus Putih, mereka berpeluang mengalahkan Ketua Agung Tahap 25 di sana.
Lagipun, harta rampasan Ketua Agung terlalu menggoda. Terutamanya Ketua Agung Tahap 25. Peralatan Tahap 25 yang dijatuhkan menjadi kekuatan utama yang diimpi pelbagai Persatuan ketika ini. Sekiranya mereka berjaya meraih barangan Epik, kekuatan Persatuan dan moral mereka akan meningkat dengan sangat banyak.
Namun, kini mereka berhadapan dengan Penjaga Pintu Anubis, mereka berasa amat kerdil.
Seekor Ketua Agung dan Ketua Besar bagaikan langit dan bumi.