Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 442 - Gaya Pertempuran Baru

Chapter 442 - Gaya Pertempuran Baru

Shi Feng berasa agak terkejut apabila loceng rumahnya berbunyi.

Dia baru sahaja berpindah ke rumah ini. Tidak ramai orang yang tahu di mana dia tinggal. Kebiasaannya, Si Hitam dan yang lain akan menghubunginya melalui telefon terlebih dahulu dan tidak pernah menerjah ke rumahnya pagi-pagi buta seperti ini.

'Siapa agaknya yang datang?' Shi Feng tertanya-tanya sambil menekan paparan pada jam kuantum untuk memaparkan kamera pintu depan rumahnya.

Selepas melihat dengan teliti, Shi Feng terlompat kerana ketakutan selepas melihat identiti orang tersebut.

Orang yang sedang berdiri di pintu rumahnya tidak lain tidak bukan Ketua Kelas Wanita, Zhao Ruoxi. Dia sedang berpakaian sukan dan rambutnya diikat ke belakang seperti gaya ekor kuda. Dia kelihatan muda dan sangat menawan.

"Kenapa dia datang ke mari?"

Shi Feng baru teringat hari ulang tahun kelahiran Zhao Ruoxi bulan depan. Sekiranya dia datang untuk memberi kad jemputan, tidakkah begitu awal?

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS