"Baiklah, mereka hendak datang. Tiada apa yang boleh dilakukan tentang itu."
Shi Feng meneliti dengan diam peta sistem Ngarai Kabus Putih. Dia tidak terperanjat walau sedikit pun dengan kepungan Monyet Perang tersebut, malah dia hanya tersenyum girang.
Ngarai Kabus Putih sama seperti Dungeon. Terdapat cara yang lebih strategik untuk menyerang kawasan ini.
Shi Feng berjaya memimpin kumpulannya di sekeliling ngarai dengan senang-lenang menggunakan pengetahuannya pada masa lepas. Pengalaman yang diperoleh amat memudahkan pasukannya.
Jika dibandingkan dengan masa lepas, Ngarai Kabus Putih pada waktu ini hanya mainan baginya.
Ketika itu, kumpulan Shi Feng bukan sahaja perlu berhadapan dengan Monyet Perang, malah mereka juga perlu menangani serangan curi dan pengkhianatan pemain-pemain lain. Terutamanya, sewaktu mereka menghadapi campur tangan Persatuan besar yang lain. Musuh seperti ini jauh lebih sukar berbanding Monyet Perang.