"Apa yang terjadi dengan Ular Tangkas?" Cao Chenghua bertanya, tidak habis-habis menoleh ke arah jam sistem. "Bukankah dia dua tahap lebih tinggi berbanding gadis Cleric tersebut?"
Ular Tangkas telah menjadi kaku selama lebih 3.5 saat sekarang, tetapi tubuh badannya masih dalam keadaan Ketakutan. Sementara itu, Langit Ungu telah lama bangun daripada Pengsan.
Siri kejadian ini telah memecahkan pemahaman Cao Chenghua tentang Kawasan Tuhan selama ini.
Zhao Yueru yang beranggapan mereka bakal kalah berasa hairan dengan apa yang dilihatnya.
Pandangan Salji Lembut juga terselit sedikit keraguan sewaktu memandang perlawanan yang berlangsung itu.
Kejadian ini langsung tidak masuk akal bagi dia.
Dalam kalangan orang ramai, hanya Shi Feng seorang sahaja tahu Ular Tangkas telah masuk ke dalam perangkap.