"Apa... Apa yang sedang berlaku?!"
"Mengapa Ular Menjalar tumbang selepas menggunakan Pecutan Kedua?!"
"Bila Ular Menjalar diserang?"
Cao Chenghua berteriak.
Cao Chneghua tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dari tempat duduknya, dia boleh nampak seluruh pertarungan, tetapi dia masih buntu dengan apa yang berlaku kepada dua orang Pemain Pedang itu. Sungguh mengarut.
Sebenarnya, bukan Cao Chenghua seorang sahaja yang bingung. Tidak seorang pun daripada penonton faham apa sebenarnya yang telah berlaku.
Orang ramai lihat Shi Feng menerjah ke arah pedang bayangan Ular Menjalar sebelum badannya menghilang. Sebelum mereka sedar, Shi Feng sudah berjalan melepasi badan Ular Menjalar. Sementara itu, beberapa kesan luka telah muncul di badan Ular Menjalar, darah tidak henti-henti mengalir keluar dari luka tersebut...