Selepas menerima pengesahan daripada Shi Feng, Si Hitam memberi laporannya mengenai proses pengambilan Sayap Sifar baru-baru ini.
Tindakan Senyuman Kegembiraan tidak memberi kesan negatif terhadap pengambilan Sayap Sifar. Akan tetapi, mereka telah membuatkan Sayap Sifar semakin terkenal, lebih ramai orang tertarik untuk menyertai Sayap Sifar. Beberapa orang pemain daripada Persatuan lain sanggup keluar Persatuan mereka semata-mata untuk menyertai Sayap Sifar.
Akibatnya, pintu masuk Sayap Sifar dipenuhi dengan lautan pemain.
Pemain-pemain yang tidak dapat menangkap perkara sebenar beranggapan Sayap Sifar telah menjadi penguasa Bandaraya Sungai Putih. Manakala, pemain-pemain yang tahu situasi yang sedang berlaku mengutuk dalam diam pemain-pemain yang pergi untuk menyertai Sayap Sifar.