Shi Feng tidak berhenti tersenyum selepas mendengar kata-kata Ros Air.
Sebenarnya, mudah sahaja bagi Shi Feng untuk menempatkan semua kedudukan 100 teratas dalam Senarai Kedudukan Bandaraya Sungai Putih. Antara alasan mengapa dia tidak berbuat demikian kerana dia takut akan menarik terlalu banyak perhatian terhadapnya lalu mencetuskan kecurigaan ramai pihak.
Lagipun, Sayap Sifar hanyalah Persatuan yang kecil. Jika Persatuan kecil seperti mereka melangkaui batasan, setiap Persatuan dalam Bandaraya Sungai Putih akan bersepakat menentang mereka.
Namun, Sayap Sifar bukan lagi sebuah Persatuan yang lemah. Walaupun mereka melakukan perkara seperti itu, Persatuan lain tidak akan rasa terhina ataupun dimalukan, sebaliknya mereka hanya terkejut.
Oleh itu, Shi Feng tidak menghalang tindakan mereka untuk menguasai Senarai Kedudukan.