"Adakah kau mempermainkan aku?"
Syurga Mutlak merenung Shi Feng dengan tajam, cuba memikirkan apa sebenarnya yang sedang difikirkannya. Namun, tidak kira bagaimana dia perhatikan lawannya itu, dia masih tidak dapat baca fikiran Shi Feng. Shi Feng sedang menyamar sebagai Api Hitam menggunakan Topeng Iblis. Syurga Mutlak hanya melihat seorang lelaki pertengahan usia sedang tersenyum kepadanya. Dia cuba memikirkan sedalam-dalamnya, tetapi masih kosong.
Selepas hampir meragut nyawanya, Shi Feng memberi cadangan supaya mempertaruhkan nyawanya sendiri. Perlukah dia bersusah payah sehingga ke tahap ini? Bukankah lebih mudah untuk membunuhnya sahaja?
"Aku tiada masa nak bermain-main dengan kau," kata Shi Feng sambil tertawa.
"Baiklah, aku setuju. Apa yang terjadi sekiranya aku terselamat? Bagaimana pula jika aku mati?" Syurga Mutlak masih ingin pertahankan maruah dan kehormatan diri. Oleh itu, dia tidak mahu mengalah.