Melihat sehingga ke saat ini, Serigala Selatan tahu dia akan kalah walaupun malu untuk mengaku. Hatinya dipenuhi kebencian.
Kini, pasukannya tinggal lagi kurang daripada 30 orang dan mereka semua merupakan ahli sihir dan penyembuh. Hanya tinggal dia seorang sahaja pemain kelas melee yang masih hidup. Berbekalkan lagi beberapa puluh orang ini, Bintang Gelap tidak berpeluang untuk melawan pasukan teras Sayap Sifar yang mempunyai 30 lebih orang pemain.
Dia tidak sangka satu serangan pedang Api Hitam mampu memberikan kemusnahan yang sangat besar. Api Hitam bukan sahaja pantas, tetapi perlaksanaan Kemahirannya juga hampir mencapai darjah kesempurnaan. Perkara ini jelas kelihatan sewaktu dia menyerang kesemua dua belas Renjer dalam satu masa. Penguasaan ini memerlukan kawalan yang baik dalam perlaksanaan kemahiran itu sendiri dan juga sudut serangan yang tepat.