Shi Feng tidak sangka Bilah Mati seorang yang jujur.
Walaupun Bilah Mati hanya memberikan sebentuk cincin perak yang kelihatan biasa, namun Shi Feng tahu nilai sebenar barang ini.
Hal ini disebabkan, dia bukan sahaja pernah melihat cincin ini pada masa lampau, malah dia juga pernah memilikinya.
Cincin ini bernama Cincin Ruang; sebuah barang untuk menyimpan barang lain.
Ramai pemain tersilap menilai cincin ini kerana barang ini hanya berpangkat Besi-Misteri. Cincin Ruang mampu menyimpan 200 slot barangan. Bilangan tersebut merupakan satu jumlah yang besar. Cincin ini juga tidak mengenakan berat tambahan kepada pengguna tidak kira berapa banyak barang yang diletakkan. Namun, perkara ini bukannya kelebihan utama mengenai cincin ini. Sebaliknya, Cincin Ruang boleh digunakan dengan lebih berkesan ketika pertempuran.