Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 281 - Senjata Terkuat Sesebuah Persatuan

Chapter 281 - Senjata Terkuat Sesebuah Persatuan

Puluhan pemain sedang beratur di luar makam yang besar dan indah.

Setiap pemain dalam pasukan merupakan pemain Tahap 17 ke atas dan mereka semua memakai Peralatan sekurang-kurangnya Besi-Misteri dan ada beberapa peralatan yang lain berpangkat Perak-Rahsia. Kebanyakan peralatan MT utama merupakan pangkat Perak-Rahsia manakala pelindung yang dibawa merupakan pangkat Emas-Tulen.

Sementara itu, semua pemain yang lengkap dengan peralatan ini memandang seorang gadis jelita yang berada di hadapan mereka dengan hormat.

Mata hitamnya yang bersinar memperlihatkan kepintaran dan kebijaksanaan menerusi celah helmet berwarna perak keputihan. Rambutnya yang hitam seperti malam hari mengurai ke paras pinggang lalu menyapu lembut perisai perak putih yang dipakainya. Sambil meletakkan tangannya pada hulu pedang agung biru tua yang mengeluarkan sinaran berwarna biru pekat, dia mengeluarkan satu aura yang seakan-akan dewi perang sewaktu berdiri megah di tempatnya.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS