"Lady Sharlyn sedang mencariku?" Satu prarasa menyingkap ke benak fikiran Shi Feng.
Shi Feng sudah masak dengan perangai Sharlyn.
Dia sememangnya jenis yang tidak suka lihat orang lain senang dan Shi Feng tertanya-tanya barang manakah yang telah menarik minat Sharlyn kali ini.
'Lupakannya. Lebih baik saya pergi sendiri dan tanya apa yang dia mahukan daripada saya,' bisik Shi Feng dalam hati. Dia memutuskan untuk pergi berjumpa dengan Sharlyn selepas berfikir dalam-dalam. Walaupun Sharlyn sememangnya pisau cukur, namun dia selalu memberikan barang yang baik setiap kali mereka bertemu. Kali ini, Sharlyn mungkin memberikan Shi Feng satu Misi penting sekali lagi. Jika ganjaran misi itu sangat menguntungkan, dia akan mencubanya.
Namun, Menara Bintang terletaknya di Bandaraya Sayap Hitam dan lokasi ini selalu memeningkan Shi Feng. Sejak bila Sharlyn berhijrah ke Bandaraya Sayap Hitam?