"Durian runtuh!"
"Nasib kita sangat baik!"
"Saya tertanya-tanya barang apakah yang akan kita dapat?"
"Tempat ini merupakan Istana Iblis Mod Neraka. Satu durian runtuh pasti memberikan kita sekurang-kurangnya sebilah senjata Emas-Tulen, kan?"
Kematian Justin Freed membuatkan ahli pasukan Sayap Sifar berasa lega. Namun, apabila mereka melihat barang yang bersepah di atas lantai, mereka semua tahu tuah mereka telah datang. Sekilas pandang sahaja mereka tahu Justin Freed telah menjatuhkan lebih sepuluh barang. Semua ini menandakan satu rahmat yang dikurniakan kepada mereka.
"Baiklah, jangan terlalu gembira. Pergi berehat dan pulihkan diri masing-masing dahulu," kata Shi Feng. Dia hanya tersenyum melihat wajah kegembiraan ahli pasukannya. Namun, dia tahu kejayaan kali ini bukan satu kebetulan.