"Bagus! Sangat bagus!" Walaupun Xu Wenqing tersenyum, namun nada percakapannya sangat tegas.
Pada waktu ini, orang bodoh pun dapat agak Xu Wengqing sebenarnya sedang marah.
Tiada sesiapa yang dapat mendengar kata-kata pengawal peribadinya melalui telefon kecuali Xu Wenqing sendiri. Namun, berdasarkan percakapan Xu Wenqing, orang di sekelilingnya tahu seseorang telah melakukan perkara teruk sehingga menaikkan kemarahan Xu Wenqing.
Bukan sahaja Chen Wu malah Zhao Jianhua juga tidak berani menghalau tetamu jemputan itu kerana perbuatan ini akan menconteng arang ke muka Xu Wenqing. Semua orang mahu menjaga nama mereka. Disebabkan orang itu berani membuat Xu Wenqing naik angin, dia perlu tahu yang Xu Wenqing tidak akan menyambutnya dengan senyuman.
Pada waktu ini, Zhao Jianhua, Chen Wu dan yang lain mula berasa kasihan terhadap orang yang membuat Xu Wenqing marah.