Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 240 - Bayangan Purgatori

Chapter 240 - Bayangan Purgatori

"Kalau itu pun tak cukup, awak boleh menjadi Timbalan Ketua Kesatuan. Awak boleh juga tubuhkan pasukan elit awak sendiri dan kekalkan status bebas awak. Macam mana?" tambah Shi Feng.

'Tindakan Gema Senja memulaukan seorang bakal pemain kuat berpangkat dewa Tingkat 6 sama seperti melumpuhkan kedua-dua tangan mereka.'

Shi Feng berfikir begitu kerana tanpa Ros Aqua, rakannnya yang bertingkat 6 enggan menyertai Gema Senja. Justeru, keputusan Gema Senja untuk menyingkirkan Ros Aqua bersamaan menyingkirkan dua orang bakal pemain kuat berpangkat dewa.

Manakala, Shi Feng telah mendatangkan tragedi Gema Senja ini dengan seorang-seorang, biarpun secara tidak sengaja.

"Ramaikah mereka?" tanya Shi Feng.

"Patut ada lebih seratus orang. Tuan Api Hitam, serah kalah sahajalah. Gema Senja pun tak mampu menampung yuran merentas jarak buat begitu ramai orang," Ros Aqua sememangnya memahami niat Shi Feng dalam menanyakan soalan tersebut.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS