Sebuah api biru pekat membakar dengan marak ketika api itu menelan satu demi satu Batu Keras di dalam Bilik Menempa yang senyap dan berwap itu.
Asalnya, proses untuk menempa Batu Asah Termaju mempunyai kadar kejayaan yang rendah. Akan tetapi, apabila Shi Feng menempanya, proses itu menjadi sangat lancar. Kualiti dan kelajuan penghasilan kedua-duanya mengagumkan sekali. Semua orang pasti memuji Shi Feng apabila menyaksikan perkara ini.
Walaupun tugas berulang kali ini sedikit sukar untuk dilakukan, namun Shi Feng menjadi bersemangat apabila memikirkan Batu Asah Termaju yang boleh dijual pada harga 7 Syiling Perak setiap satu.
Selepas 3 jam berlalu sejak Shi Feng memulakan kerja-kerja ini, dia telah menempa 180 Batu Asah Termaju. Kelajuannya boleh bersaing dengan kecekapan kerja oleh 3 atau 4 orang Penempa.