Shi Feng hanya telah menjual sebanyak 10 timbunan Batu-batu Keras. Jika dibandingkan dengan permintaan di Bandaraya Sungai Putih, ia ibarat buih di lautan.
Shi Feng meletakkan 10 lagi timbunan untuk dilelong apabila melihat kepada permintaan yang begitu tinggi di Bandaraya Sungai Putih.
Kali ini, dia menukar harga minimum kepada 12 syiling perak manakala harga borong sebanyak 15 syiling perak. Dengan cara ini, dia cuba untuk mengetahui berapa harga tertinggi Batu-batu Keras ini boleh dijual kepada pemain-pemain yang terdesak ini.
Seperti yang dijangka, tiada sesiapa yang terus membeli secara borong pada harga itu kali ini. Sebaliknya, mereka membida Batu-batu Keras itu. Walau bagaimanapun, nombor-nombor bidaan itu meningkat sangat perlahan, hanya terdapat beberapa peningkatan kecil syiling tembaga sahaja bagi setiap bidaan.
Satu minit kemudian…