Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 164 - Krisis Pertama

Chapter 164 - Krisis Pertama

Cola terpinga-pinga sewaktu mendengar kata-kata Shi Feng.

Tunjukkan kekuatan Kesatuan Sayap Sifar?

Pemain Persatuan lain sedang mengejar mereka, oleh itu mereka bertiga pergi berselindung di Bandar Daun Merah sepanjang masa tersebut. Mereka langsung tidak berpeluang untuk memburu dan mencari Misi. Disebabkan ini, mereka baru di Tahap 7. Mereka lebih kuat sedikit sahaja berbanding pemain biasa. Mereka langsung tidak berpeluang untuk bersaing dengan ahli-ahli Kesatuan lain. Jika situasi ini berterusan, lambat laun, tahap mereka akan jauh ketinggalan.

"Adakah ketua menyuruh kita untuk pergi menaikkan tahap?" Bisik Cola dalam hati. Dia menjadi sangat teruja apabila memikirkan kebarangkalian ini. "Terbaik! Kita sudah dihimpit bagai nak mati kerana terus berada dalam bandar. Lebih elok jika kita berjuang bermati-matian untuk melepaskan diri." Cola bermonolog dalam hati.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS