Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 16 - Semua Orang Penipu

Chapter 16 - Semua Orang Penipu

Dalam plaza Bandar Daun Merah yang riuh-rendah, beberapa sinaran cahaya putih menerangi. Diikuti pula, susuk tubuh pemain yang hadir, satu per satu. Pemain-pemain ini ialah ahli-ahli Bayang-bayang yang baru sahaja dihidupkan kembali.

Ekspresi wajah mereka jelas menunjukkan kekecewaan dan sangat tertekan.

Tiada apa boleh tandingi perasaan sakit dan serabut apabila mendapat sesuatu, kemudian hilang semula.

Baru sebentar tadi, mereka berangan menjadi penguasa kuku besi di Bandar Daun Merah. Tahap mereka meningkat, sangat laju. Namun, selepas itu, mereka mati. Bukan sahaja tahap bahkan Kecekapan Kemahiran berkurang, tetapi pengalaman yang mereka dapat pada Tahap 1 yang sebelum ini tetap sedikit. Mereka telah menjadi lebih teruk jika dibandingkan dengan pemain lain.

Riak wajah Harimau Berapi selepas dihidupkan semula menjadi pucat-lesu. Pandangan matanya seolah-olah mahu menelan orang hidup-hidup.

Sistem: Pemain Ye Feng telah membunuh kamu. Kamu akan dihidupkan semula di Bandar Daun Merah selepas 3 saat. Dalam masa yang sama, kamu akan kehilangan 1 Tahap, dan semua Kecekapan Kemahiran akan ditolak sebanyak 100 mata.

"Ye Feng! Aku tak akan lepaskan kau! Aku akan pastikan kau menyesal!" Harimau Berapi melepaskan teriakan yang marah selepas melihat nombor-nombor yang dipamerkan oleh Sistem. Perbuatannya menyebabkan pemain lain terus tidak mempedulikannya, tidak berani untuk melihat orang gila itu.

Selepas melenting seketika, Harimau Berapi mengarahkan ahli-ahli Bayang-bayang untuk memeriksa beg mereka, periksa barang apa yang mereka jatuhkan.

Walaupun kematiannya mengundang banyak kerugian kepada semua orang, bukan sahaja EXP yang didapati daripada membunuh Kobold. Bahkan juga harta rampasan; barang itu merupakan perkara yang menggembirakan mereka. Sekurang-kurangnya, mereka tidak bersusah payah dengan sia-sia.

Apabila Harimau Berapi melihat ke dalam begnya, rasa pahit mula turun dari tekaknya; dia meludahkan darah dari mulutnya.

" Semua sekali! Cepat! Kita pergi balik ke Lembah Bulan Gelap, sekarang! Aku mesti bunuh budak itu!" Harimau Berapi berteriak, kemarahannya memuncak ke langit.

Buku kemahiran yang dia rancang untuk memperlekehkan Shi Feng telah hilang. Buku itu merupakan buku kemahiran yang sangat jarang untuk Pemain Pedang, dan juga satu-satunya barang berharga yang mereka dapat daripada memburu Kobold. Kini, buku itu sudah hilang.

Walau bagaimanapun, perkara yang langsung tidak dapat dimaafkan ialah buku kemahiran itu telah jatuh ke tangan Shi Feng. Akhirnya, semua usaha Harimau Berapi telah menjadi keuntungan buat Shi Feng. Perkara ini dia tidak dapat terima. Kebenciannya menjadi sesuatu yang tidak dapat diredakan, walaupun dia sudah membunuh Shi Feng sehingga jatuh ke Tahap 0.

Ahli-ahli Bayang-bayang yang lain tidak faham apa yang telah berlaku pada Harimau Berapi. Pergi mencari Shi Feng buat masa ini merupakan tindakan yang sia-sia. Tiada sesiapa yang cukup bodoh untuk memberi peluang kepada mereka untuk membalas dendam. Shi Feng mungkin telah lama pergi, sedang berketawa di satu tempat lain.

Pada waktu ini, Sistem Komunikasi Harimau Berapi berdering.

"Siapa ni! Mengganggu aku masa ini, kau ingin menempah maut ke?" Harimau Berapi menyumpah selepas panggilan itu dijawab.

"Harimau Berapi, baran kau makin bertambah semenjak kita tidak berjumpa sehari." Suara yang datang dari belah sana kedengaran kejam, seperti dalam keadaan marah.

Harimau Berapi berasa sangat kenal dengan suara itu. Setelah dia cam identiti suara itu, mukanya bertukar sangat hodoh, "Abang Zhang, kau rupanya. Aku sedang mengajar anak buahku. Tidak sangka Abang Zhang akan membuat panggilan. Abang Zhang, tolong lupakan hal tadi. Aku tidak berkata tentang kau tadi."

"Sudah. Aku tahu apa masalah kau. Lihat sahaja kerosakan yang telah kau lakukan terhadap perkembangan Bayang-bayang di Bandar Daun Merah. Selepas perhatikan apa perkara baik yang telah kau sumbangkan terhadap pembangunan Bayang-bayang di Bandar Daun Merah, aku akan datang ke sana sekarang. Mulai hari ini, kau tidak perlu lagi menjadi Ketua Kumpulan Bandar Daun Merah. Hujan Senyap, Elementalist pasukan akan mengambil alih buat sementara waktu. Jika, kau masih belum mencapai Tahap 2, kau boleh berambus. Bayang-bayang tidak perlukan seorang sampah."

Harimau Berapi menjadi lemah semangat selepas mendengar kata-kata itu. Kebenciannya terhadap Shi Feng tidak akan padam, walaupun disirami lima tasik dan lima lautan.

Dalam pada itu, di Lembah Bulan Gelap, Shi Feng dan Si Hitam mengutip harta rampasan dari ahli-ahli Bayang-bayang.

Shi Feng sedang memegang buku kemahiran yang dijatuhkan oleh Harimau Berapi.

"Harimau Berapi seorang pemurah. Dia tinggalkan aku barang ini." Shi Feng memilih untuk mempelajari kemahiran itu tanpa ragu-ragu.

[Bilah Angin] (jenis-Tindakan)

Memerlukan: pedang

Tahap 1

Kecekapan 0/300

Menyerang hendap musuh di luar 5 ela dan di dalam 30 ela. Kelajuan Pergerakan akan bertambah sebanyak 40% apabila meluru ke arah sasaran dan Kelajuan Serangan bertambah sebanyak 20% untuk 3 saat.

Masa bertenang: 25 saat

Pergerakan seorang Pemain Pedang akan bertambah dengan banyak jika menggunakan kemahiran ini. Sangat berguna untuk menandingi Renjer dan Ahli Sihir yang suka menyerang dari jauh.

"Abang Feng, bijih Meteorit yang kita perlukan semua ada di sini. Terdapat juga beberapa Bijih Gangsa. Bayang-bayang betul-betul telah menolong kita kali ini." Si Hitam ketawa berdekah-dekah. Semasa dia sedang mengutip bijih dari atas lantai, dia ternampak satu bijih berwarna hijau. Selepas mengutipnya, dia bertanya, "Abang Feng, apakah ini [Kristal Bintang] ?"

Setelah Shi Feng mendengar nama Kristal Bintang itu, dia terus mengendahkan Bijih Meteorit bawah kakinya, dengan cepat berpaling dan berlari ke arah Si Hitam..

"Celaka, memang betul Kristal Bintang! Hitam, tuah kau sememangnya sangat baik. Kau telah menjumpai bijih ini." Shi Feng berkata dengan teruja sambil melihat dengan berhati-hati bijih berwarna hijau gelap selepas mendapatkannya.

Setiap raksasa di dunia ada peluang untuk menjatuhkan Kristal Bintang. Peluang itu satu dalam sejuta. Mungkin dianggap sampah bagi sesetengah orang, tetapi bagi Shi Feng pula, bijih ini merupakan harta karun yang tidak ternilai. Ini merupakan barang yang sangat diperlukannya.

"Abang Feng, Kristal Bintang ini untuk apa?" Si Hitam tertanya-tanya. Shi Feng selalunya tenang dan bersikap senyap. Keterujaan yang terpapar dari raut wajahnya itu menggambarkan betapa berharganya Kristal Bintang itu. 

"Ini untuk makan, tetapi bukan untuk pemain." Shi Feng tersenyum sedikit tetapi tidak meneruskan penjelasan lalu terus menyimpan Kristal Bintang itu.

"Untuk dimakan?" Si Hitam sedikit keliru. Siapa yang hendak makan seketul batu? Namun, Shi Feng mesti mempunyai alasannya tersendiri kerana tidak menjelaskan, oleh itu Si Hitam tidak bertanya dengan lebih lanjut.

Sejurus kemudian, semua barang yang dijatuhkan telah dikutip. Mereka mendapat sejumlah 14 ketul Bijih Meteorit, dan 32 ketul Bijih Gangsa. Bukan sahaja telah melengkapkan Misi Shi Feng, malah terdapat lebihan pula.

Tidak lama kemudian, mereka berdua tiba di bengkel tukang besi.

"Pakar Jack, saya telah mengumpulkan Bijih Meteorit yang kamu minta." Shi Feng menyerahkan kesemua Bijih Meteorit, tidak tertinggal walau sebutir sekali pun. Semua ini barang Misi. Setimbun bijih itu kalau dijual kepada NPC baru bernilai 1 Tembaga. Memang tidak berbaloi langsung.

"Hebat juga, anak muda. Walau bagaimanapun, kalau kamu ingin menjadi Penempa yang hebat, kamu masih perlu memerlukan kekuatan lagi untuk mendapatkan bijih yang berharga. Ada satu Penguasa Kobold. Pergi bunuh dia untuk membuktikan kekuatan kamu." Pakar Jack berkata untuk meyakinkan Shi Feng sementara dia menyimpan Bijih Meteorit.

Sistem: Misi Tersembunyi 'Jalan Penempaan'. Bunuh Penguasa Kobold di dalam Lombong Bintang Merah. Had masa selama 1 jam.

Semasa Shi Feng sedar terdapat peringkat kedua kepada Misi ini, Shi Feng terasa ingin menyumpah Kongsi Tukul. Dia telah menyusahkan Shi Feng kali ini.

Seperti yang dijangkakan, setiap orang mesti menyembunyikan sesuatu. Tiada siapa boleh dipercayai. Semua orang penipu.

Dalam kehidupan lepas Shi Feng, Kongsi Tukul tidak mengatakan apa-apa tentang peringkat kedua dalam Misi ini. Sekarang peringkat kedua Misi, yang mempunyai had masa telah muncul. Dia juga perlu berhadapan dengan seekor Penguasa raksasa. Seekor Penguasa lebih kuat berbanding Elit Istimewa. Juga dikenali sebagai Bos Dungeon. Shi Feng baru sahaja di Tahap 3, dan Ketua raksasa itu terlampau berbahaya untuk dirinya.

Dalam kehidupannya yang lepas, Kongsi Tukul sudah berada pada Tahap 16 ketika dia menerima Misi ini. Melengkapkan Misi menjadi suatu kerja yang amat mudah.

"Lupakan sahaja, mari kita pergi lihat dahulu." Dia tidak mampu berbuat apa-apa setelah ditipu. Namun, Shi Feng tidak merancang untuk berputus asa. Bakat Menempa sangat berguna, dan Shi Feng perlu mempelajarinya.

Berikutan itu, Shi Feng dan Si Hitam membunuh Kobold untuk membersihkan laluan semasa menuju ke bahagian dalam Lombong Bintang Merah yang lebih dalam.

Jika dibandingkan dengan Kobold yang berada di pintu masuk, Kobold di dalam lombong tidak lagi pada Tahap 4; mereka berada pada Tahap 5. Mereka berdua mengambil masa yang lebih panjang dan tenaga yang lebih banyak untuk membunuh kobold-kobold itu. Ada kalanya, seekor Kobold dihidupkan kembali sebelum sempat seekor lagi dibunuh. Kalau Bir Keluli Hitam tiada untuk mengurangkan tahap Kobold tersebut menjadi 2, maka kelajuan membunuh Shi Feng dan Si Hitam tidak mampu untuk mengejar dengan kadar kebangkitan .

Setengah jam kemudian, Shi Feng dan Si Hitam tiba di bahagian paling dalam di Lombong Bintang Merah.

Ia merupakan sebidang tanah yang kosong. Terdapat lebih sepuluh Kobold sedang melombong bijih di sekitar kawasan itu. Di tengah-tengah kawasan kosong berdiri satu susuk tubuh yang besar. Seekor Kobold yang memakai perisai, dan berterusan memberi arahan kepada Kobold-kobold yang lain.

[Penguasa Kobold] (pangkat- Penguasa)

Tahap 5

HP 2100/2100

HP-nya sahaja boleh membuatkan seseorang itu putus asa, belum lagi perisai tebal yang dipakai oleh Kobold Penguasa itu; Pertahanannya pasti tinggi. Hampir mustahil untuk satu serangan fizikal untuk menghasilkan kemusnahan yang besar. Tambahan pula, raksasa berpangkat Penguasa mempunyai kadar pemulihan sebanyak 2% HP setiap 5 saat ketika bertempur. Hal ini bermakna Penguasa Kobold akan memulihkan 42 HP setiap 5 saat. Nombor ini tidak boleh dipandang enteng. Pemain Tahap 5 yang biasa dengan kemusnahan jenis-fizikal juga tidak mampu menghasilkan 42 kemusnahan dalam masa 5 saat.

Penggunaan Bom Asap untuk membunuh Penguasa Kobold dengan selamat, satu perkara yang mustahil. Jarak penglihatan raksasa berpangkat Penguasa sangat luas. Sekiranya Kobold itu mempunyai jarak penglihatan sejauh 55 ela. Menggunakan Bom Asap untuk mengurangkan jarak penglihatannya masih tidak cukup kerana jarak penglihatannya berbaki sejauh 45 ela. Sedangkan Renjer, yang mempunyai jarang serangan paling jauh baru 40 ela, masih tidak cukup.

Shi Feng memikirkan perkara ini lagi dan lagi ketika memandang Penguasa Kobold di hadapannya itu, ketawa dengan tidak berdaya, "Adakah aku perlu menggunakannya?"