Satu Serang Hendap terus meragut satu perempat HP Shi Feng.
Si Hitam, yang sedang berdiri dari jauh, terkilan melihat kejadian ini. Dia tidak faham mengapa Penyerang Hendap tiba-tiba muncul di sini dan menyerang Shi Feng. walaupun dia ingin memberikan Shi Feng pertolongan, namun dia masih memerlukan sedikit masa untuk membaca mantera jampiannya. Tambahan pula, kesemua sihir pengekangan sudah pun digunakan pada Badak Air Berkulit Keluli. Dia hanya mampu lihat sahaja situasi ini.
Perkara yang Si Hitam mampu lakukan sekarang hanyalah menyiapkan bacaan manteranya dan serang menggunakan Panah Gelap.
"Kemusnahan yang cukup besar!" bisik Shi Feng perlahan apabila melihat HPnya yang turun secara mendadak dalam kuantiti yang besar lantas berasa amat terkejut dalam hati.