Badak Air Paya bersaiz seperti sebuah kereta kecil. Apabila lebih dari 20 ekor menyerbu ke hadapan, ia seperti dikejar oleh lebih daripada 20 buah kereta yang memecut laju. Bumi bergegar disebabkan penyerbuan ini.
Salji Sepi yang memerhatikan keadaan ini, berasa gementar. Dia menggengam erat kapak heb pateringkat Perak-Rahsia di tangannya.
Dia hairan apakah yang akan dilakukan oleh ketua kumpulan mereka, Shi Feng.
Ini adalah sekumpulan lebih 20 Badak Air Paya Tahap 15. Bukan sahaja raksasa-raksasa ini mempunyai kulit yang tebal dan otot yang sasa, mereka juga mempunyai 20,000 HP setiap seekor. Hanya melihat kepada itu sahaja, dengan bagaimana bumi bergoncang dengan setiap langkah, seseorang dengan mudah tahu betapa kuatnya Badak Air Paya ini. Jika tubuh seperti ini merempuh Shi Feng, akibatnya tidak mampu dibayangkan.
Walau bagaimanapun, Shi Feng kekal tenang sambil menunggu dengan senyap ketibaan Badak Air-Badak Air Paya itu.
15 meter….