Angin dingin bertiup dalam Hutan Ratusan Hantu. Ia tempat di mana cahaya matahari tidak pernah sampai.
Di sebuah ladang kecil terbiar, Shi Feng, menyamar dengan wajah baharu, sedang berdiri di dalam bangunan kayu sambil mencari sesuatu.
"Akhirnya saya jumpa! Nampak seperti informasi itu tidak salah." Selepas menggeledah tempat itu, Shi Feng berjaya memperoleh sebatang kunci gangsa dalam sebuah baldi kayu.
[Kunci Pintu Rahsia]
Mampu untuk membuka pagar besi ke laluan masuk rahsia Bandar Ratusan Hantu.
Ketika ini ada penyerang hendap sedang menunggu kehadirannya. Shi Feng bimbang akan terjadi masalah ketika saat-genting genting. Oleh itu, dia membatalkan hasratnya untuk memasuki Bandar Ratusan Hantu menerusi pintu hadapan. Dia boleh menggunakan laluan rahsia untuk memasuki Bandar Ratusan Hantu dengan menggunakan kunci ini. Cumanya, proses berbuat demikian dipenuhi dengan pelbagai komplikasi.
Menurut legenda, seluruh Hutan Ratusan Hantu dahulunya disumpah oleh Penyumpah Gelap yang sangat berkuasa, lalu menukarkan semua penghuni bernyawa menjadi hantu. Terperangkap di dalam azab yang tidak berpenghujung, hantu-hantu ini menyimpan perasaan benci yang mendalam terhadap orang yang hidup. Selagi seorang manusia hidup mendekati Bandar Ratusan Hantu, hantu-hantu jahat yang tidak terkira akan menyerang dan memakan mereka.
Sementara itu, laluan rahsia ini akan membawa Shi Feng terus ke kawasan tengah Bandar Ratusan Hantu. Walaupun Syurga Mutlak sangat berkuasa, dia tidak mampu masuk ke dalam Bandar Ratusan Hantu. Ditambah lagi dengan samaran Shi Feng yang baru. Meskipun mereka bertemu, Syurga Mutlak tidak akan dapat mengenal pasti identitinya.
Shi Feng terjumpa sebuah bilik bawah tanah tidak jauh dari ladang itu.
Bilik bawah tanah ini merupakan pintu masuk ke laluan rahsia untuk masuk ke dalam Bandar Ratusan Hantu, manakala tuan ladang merupakan penjaga pintu laluan rahsia.
Bilik bawah tanah ini sangat gelap menyebabkan Shi Feng tidak mampu melihat apa-apa. Pilihan yang dia ada hanyalah membawa keluar Lampu Ajaib untuk menyuluh jalan. Dia mengikuti sepanjang laluan bilik bawah tanah itu dan terus maju ke hadapan sehingga akhirnya tiba di pagar besi yang membawanya ke laluan rahsia. Walau bagaimanapun, ketika ini, pagar besi itu kelihatan seperti berkunci.
Walaupun jika Shi Feng tidak mempunyai sebarang kunci, namun dengan kekuatan melebihi 100 mata, Shi Feng dapat membuka pagar besi secara paksaan dengan tangannya sendiri. Akan tetapi, dia masih jauh daripada 100 mata Kekuatan. Justeru, dia hanya mampu menggunakan kunci untuk membuka pintu.
"En." Selepas berjalan beberapa langkah ke dalam laluan rahsia, Shi Feng mendapati persekitarannya dipenuhi dengan tulang-tulang putih dan dinding pula dipenuhi dengan kesan calar hasil daripada pertarungan.
Pemandangan seperti itu telah memberikan Shi Feng satu bayangan yang buruk.
Sumpahan terhadap Hutan Ratusan Hantu menukarkan kehidupan kepada hantu. Ini bermakna semua kehidupan di tempat ini adalah hantu. Timbunan tulang-temulang…
"Aooo!"
Pada ketika ini, sebuah kumpulan Roh-roh Jahat yang berwarna hitam legam meluru keluar dari bahagian dalam laluan rahsia sambil mengaum. Mata mereka yang kemerah-merahan memandang tepat ke arah Shi Feng sambil menunjukkan taring mereka dan meningkatkan kelajuannya ke arah Shi Feng.
[Sumpahan Roh Jahat] (Raksasa Biasa)
Tahap 15
HP 700/700
Roh-roh Jahat Tersumpah , apabila dibandingkan dengan Wajah Hantu Tersumpah, adalah lebih menakutkan. Mereka tidak sama dengan Wajah Hantu Tersumpah yang bergerak secara perlahan, bergantung sepenuhnya kepada nalurinya untuk bergerak. Roh-roh Jahat Tersumpah mempunyai satu set kebijaksanaan dan mereka sangat aktif. Mereka juga berperangai gila dan sensitif terhadap darah daging.
Roh-roh Jahat Tersumpah semuanya berada di Tahap 15. Sementara itu, Shi Feng hanya berada di Tahap 7. Dengan perbezaan sebanyak 8 tahap, ditambah pula dengan 60% ketahanan dan 20% pengelakan serangan fizikal, Shi Feng tidak mampu berlawan walaupun dengan seekor raksasa, apatah lagi sekumpulan 30 raksasa.
Roh-roh Jahat Tersumpah ini dapat menghapuskan sebuah kumpulan tahap 15 dengan mudah.
Melihat Roh-roh Jahat Tersumpah sedang menyerbunya…
Shi Feng mengeluarkan Bom Pembeku dari begnya, membaling ke arah mereka.
Bom Pembeku segera dicampakkan ke arah kumpulan Roh-roh Jahat Tersumpah. Dengan sekelip mata, Roh-roh Jahat Tersumpah di dalam radius 10 meter membeku. Mereka juga menerima -400 kerosakan beku akibat daripada letupan itu.
Seperti yang dijangka, 100% kenaikan kepada kerosakan magis adalah kelemahan hantu-hantu ini.
Alasan Shi Feng untuk segera ke Hutan Ratusan Hantu adalah sebab dia telah membeli Bom Pembekuan ketika dalam perjalanan ke Bandar Sayap Hitam.
Bom Pembeku Asas adalah mencukupi untuk menguruskan hantu-hantu di Bandar Ratusan Hantu. Tambahan lagi, 200 kerosakan bukanlah jumlah yang sedikit. Tambahan pula, Bom Pembeku lebih efektif digunakan dalam situasi ini kerana Bom Pembeku mempunyai 100% peningkatan kerosakan apabila digunakan ke atas hantu-hantu di sini.
Seperti yang dijangka, Bom Pembeku sangat berkesan menentang hantu jenis raksasa ini. Lebih-lebih lagi, Bom Pembeku mempunyai kadar balingan sejauh 30 meter dan masa sejuk selama 1 saat. Walau bagaimanapun, hanya separuh daripada kerosakan sebenar akan diberikan ketika berlawan dengan pemain.
Sebelum ini, Shi Feng bimbang jumlah Bom Pembeku yang dibawanya ke Bandar Ratusan Hantu tidak mencukupi. Oleh itu, dia tidak menggunakan banyak bom semasa menentang Syurga Mutlak. Lebih-lebih lagi, Bom Tangan Beku mungkin tidak berkesan untuk membunuh Syurga Mutlak. Jika Bom Pembeku berkesan sekalipun, Shi Feng akan mendedahkan salah satu daripada muslihat-muslihatnya. Jika orang lain dapat tahu akan khabar ini dan mula membuat persiapan menentang Bom Pembeku, ia akan menjadi sebuah perdagangan yang tidak membawa apa-apa hasil.
Alang-alang dia sudah menggunakannya sekarang, dia perlu untuk menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin. Menggunakan Bom Pembeku semata-mata untuk menghapuskan Syurga Mutlak tidaklah berbaloi. Paling kurang, dia patut menggunakannya ke atas Kesatuan Pertahanan.
Benar! Bagaimana saya boleh lupakan hantu-hantu adalah raksasa jenis kegelapan? Gelaran Pemburu Iblis sepatutnya berguna pada ketika ini. Shi Feng tiba-tiba teringat akan gelarannya sendiri, Pemburu Iblis dan terus menukar gelaran sekarang.
Dengan segera, Atribut-atribut Roh-roh Jahat Tersumpah berkurangan sebanyak 10%, manakala kerosakan yang mereka terima meningkat sebanyak 10%.
Shi Feng kemudian membaling satu lagi Bom Pembeku, bom itu meletup dengan kuat di tengah-tengah Roh-roh Jahat itu. Kerosakan sebanyak -440 mata muncul di atas sekumpulan raksa-raksasa. Dengan segera, dia menghapuskan 30 lebih Roh-roh Jahat Tersumpah.
Sistem: Roh-roh Jahat Tersumpah Tahap 16 terbunuh. 8 perbezaan tahap. EXP yang diperoleh meningkat sebanyak 800%. Menerima 4,800 EXP.
Sistem: Roh-roh Jahat Tersumpah Tahap 16 terbunuh. 8 perbezaan tahap. EXP yang diperoleh meningkat sebanyak 800%. Menerima 4,800 EXP.
Sistem: Roh-roh Jahat Tersumpah Tahap 16 terbunuh. 8 perbezaan tahap. EXP terperoleh meningkat sebanyak 800%. Menerima 4,800 EXP.
.....
30 notifikasi masuk serentak dalam penglihatan Shi Feng. Walaupun raksasa-raksasa jenis hantu telah memberikan jumlah EXP yang paling sedikit, hadiah EXP apabila membunuh raksasa-raksasa tahap atasan masih lagi sangat tinggi. Meskipun Shi Feng berada pada Tahap 7 sekarang, tahap pengalamannya masih meningkat dengan agak besar. Garisan pengalaman Shi Feng naik dengan mendadak kepada 23% tahap 7.
Selepas Roh-roh jahat ini mati, mereka berkurangan agak banyak dari segi syiling tembaga dan Pati Roh Kecil. 10 Pati Roh Kecil boleh digunakan untuk membentuk sebuah Pati Roh, salah satu daripada barangan keperluan untuk menempa kelengkapan magis. Oleh itu, Pati Roh juga amat berharga sekiranya ingin dijual.
Selepas mengutip jatuhan itu, Shi Feng mendapati Roh-roh Jahat sebenarnya memberikannya lebih 1 syiling perak. Terdapat juga lebih dari sedozen Pati Roh Kecil yang terjatuh. Sebuah Pati Roh bernilai 1 syiling perak. Ini sudah pasti tempat yang bagus untuk mendapatkan wang.
Walaupun telah kehilangan 2 Bom Pembeku pun yang bernilai 3 syiling perak, jika Shi Feng menghapuskan lebih dari 50 raksasa setiap masa, dia masih tidak dapat keuntungan yang banyak.
"Harap-harap ada banyaj Roh-roh jahat di tempat ini," Shi Feng berkata dengan penuh harapan, tangannya memegang satu lagi Bom Pembeku.
Setengah jam kemudian….
Shi Feng akhirnya tiba di laluan keluar rahsia.
Laluan rahsia itu sangat panjang dan semasa dalam perjalanan, dia bertemu dengan 5 lagi kumpulan Roh-roh Jahat. Walau bagaimanapun, Bom Pembeku mampu menguruskan mereka semua. Bilangan Roh-roh Jahat setiap kumpulan hanya lebih kurang 20 sahaja, menyebabkan Shi Feng kerugian.
Walau bagaimanapun, pengalaman Shi Feng masih segera meningkat. Dia akan meningkat tahap jika dia membunuh beberapa lagi kumpulan Roh-roh Jahat. Ia merupakan pengalaman yang sangat baharu baginya.
Pagar untuk ke Bandar Ratusan Hantu dibuka dengan sangat luas. Sebelum Shi Feng keluar dari laluan rahsia, dia sudah boleh mendengar bunyi ngauman dan tangisan yang tidak terkira di luar.
Terdapat Hotel Bandar Ratusan Hantu di atas laluan rahsia dan seseorang dapat mengagak jumlah hantu-hantu di sana bukanlah sedikit. Walau bagaimanapun, di dalam ruang yang sempit itu, ia bukanlah idea yang baik jika Shi Feng ingin menggunakan Bom Pembeku.
Shi Feng tiada pilihan dan terus mengaktifkan Cincin Kekosongan.
Keadaan kekosongan adalah berbeza dari Selinap. Shi Feng memasuki ruangan yang lain dan hantu-hantu itu juga tidak dapat mengesan Shi Feng.
Shi Feng boleh kekal di dalam keadaan kekosongan untuk tempoh masa yang singkat. Oleh itu, dia segera meninggalkan hotel, berlari dengan sangat laju dan menuju ke kawasan perumahan. Melihat jangka masa keadaan kekosongan semakin menuju ke penghujungnya… Jika Shi Feng bersiar-siar di jalan-jalan Bandar Ratusan Hantu yang dipenuhi dengan hantu-hantu, dia sudah pasti menempah maut. Untuk Bom Pembeku, mereka mempunyai tempoh bertenang selama 1 saat dan mereka boleh merangkumi setiap lokasi.
3 saat…
2 saat…
1 saat…
Dengan hanya 10 kaki yang tinggal sebelum Shi Feng tiba di kawasan perumahan, keadaan kekosongan berakhir. Badan Shi Feng menjelma kembali.
Tiba-tiba, kepala-kepala hantu yang tidak terkira di jalanan semuanya berpaling ke arah Shi Feng, menampakkan ekspresi yang menakutkan.
Di antara hantu-hantu ini, tidak kira raksasa Peringkat Elit, Roh Jahat Ganas dan mereka semuanya meluru ke arah Shi Feng.