Tanpa Shi Feng sedari, dia telah menghabiskan setengah jam di dalam bilik menunggu yang mewah dan mempesonakan, membaca senarai-senarai pengurus. Semakin lama dia baca, semakin bertambah kejutan.
NPC dengan Kebijaksanaan tinggi yang amat sukar ditemui sekarang sudah tersedia untuk dia pilih.
Shi Feng malah terjumpa NPC dengan 80 mata Kebijaksanaan.
Sekiranya bukan disebabkan peraturan Persatuan Pengembara yang melarang pemain mengambil NPC ini sebagai Pengawal Peribadi, Shi Feng sudah lama mengambil kesemua NPC ini lalu menubuhkan pasukan Pengawal Peribadi.
"Saya sepuluh orang ini."
Selepas Shi Feng membaca semua senarai nama, dia memilih sepuluh nama NPC termaju; sembilan daripadanya memiliki 70 Kebijaksanaan manakala seorang lagi memiliki 82 Kebijaksanaan.
Dalam Kawasan Tuhan, seorang NPC dengan 82 Kebijaksanaan sudah dianggap NPC Peringkat 3.
Meskipun Shi Feng mahu mengambil lebih lagi, dia sudah kehabisan kuota pengambilan.