Selepas mendengar Shi Feng berkata seperti itu, Si Hitam tiada pilihan membatalkan hasratnya mengunjungi pekan raksasa itu.
Lagipun, Sayap Sifar sangat sibuk ketika ini. Perluasan Persatuan menyebabkan Si Hitam kekurangan tenaga manusia yang teruk.
Tolak tepi perang yang sedang berlangsung antara mereka dengan Air Hitam dan Pengebumian Syurga. Pekan Hutan Batu sahaja memerlukan ramai orang untuk dimajukan.
Dahulu, sebelum dia dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Pekan Hutan Batu, dia tidak sangka tugas ini amat berat. Baru-baru ini, Shi Feng telah meletakkan amanah ke atas bahunya dalam menguruskan pekan. Kini, baru dia sedar dia sudah silap.
Ketika pekan dalam tempoh perlindungan, tugasan menyelenggara keselamatan pekan diambil alih sepenuhnya oleh pengawal-pengawal NPC. Selepas tempoh perlindungan tamat, masalah demi masalah mula menghujaninya.