Komander Mayat Hidup memang sangat hebat pada pandangan Buluh Biru. Tetapi entah kenapa, dia rasa selamat apabila berdiri di sebelah Shi Feng. Dia sentiasa rasa yang Shi Feng pasti mempunyai jalan penyelesaian bagi masalah yang ditimpa olehnya.
Gaya berlawan Komander Mayat Hidup itu seperti kaedah menjerat yang biasa digunakan oleh para pemain. Ia mempermainkan pemain seperti mereka ialah raksasa yang jumpa secara rawak.
Ini merupakan kali pertama Buluh Biru melihat raksasa menggunakan kaedah bertempur seperti itu.
Ahli pasukan yang lain menggelengkan kepala dan ketawa apabila mendengar soalah Buluh Biru itu.
Mereka semua bukanlah pemain biasa. Mereka boleh menjadi pakar kelas teratas di dalam Persatuan besar. Mereka telah bertembung dengan banyak Bos yang hebat sebelum ini.