Niat membunuh turut terpancar di muka tidak beremosi Xiao Yan sambil melihat Hong Li berjalan ke arahnya dengan senyuman buas. Orang-orang Puak Hong memang penuh kebencian…
"Hong Li, kau tidak malu menyerang seseorang dari generasi muda dengan taraf kau?" Han Chi melihat muka pucat Han Xue di tepi sebelum menjerit marah.
Hong Li berhenti sementara waktu. Dia memberi sekilas pandang kepada Han Chi dan ketawa dingin. "Apa generasi muda? Kekuatannya juga boleh diperbandingkan dengan orang-orang generasi kita. Han Chi, jika Puak Han awak ingin campur tangan, awak boleh tampil ke hadapan asalkan awak tidak takut akan Astaka Kilat Angin selepas itu. Hee hee…"
Muka Han Chi berubah hijau sejurus sahaja mendengar ancaman di dalam kata-kata Hong Li. Bagaimanapun, dia betul-betul tidak berani campur tangan. Kata-kata Chen Yun tadi sudah menindas Puak Han sepenuhnya.
Astaka Kilat Angin merupakan kuasa hebat yang tidak boleh dilawan Puak Han.