Disebabkan kecederaan Xiao Li, Xiao Yan tidak bergegas pulang ke Akademi Dalaman. Sebaliknya, dia tinggal di Akademi Luaran untuk beberapa hari. Semasa waktu ini, kecederaan Xiao Li bukan sahaja pulih dengan pantas kerana pil-pil perubatan Xiao Yan tetapi kekuatan Xiao Li juga meningkat dengan hebat.
Xiao Yan telah meneliti kekuatan terkini Xiao Li sewaktu dia sedang memulihkan diri. Dia kini berada di kemuncak tahap Dou Shi dan boleh memecahkan rintangan pada bila-bila masa, melompat ke tahap Da Dou Shi.
Xiao Yan berfikir tentang perkara ini sebelum dia menambahkan setitis Susu Melegakan Teras Badan semasa pemulihan Xiao Li. Meminjam tenaga ini, Xiao Li akhirnya memecahkan rintangan Dou Shi seperti yang dia hajatkan dan mengambil selangkah untuk maju ke tahap Da Dou Shi!